1) Pengertian
Roti (yang berasal dari perkataan bahasa Sanskerta रोटिका roṭikā) merupakan satu kumpulan makanan ruji yang disediakan dengan dibakar, dikukus, atau digoreng doh mengandungi paling kurang tepung dan air. Roti boleh dimakan begitu sahaja, sering kali dengan mentega, mentega kacang, atau mentega kekacang lain, atau pemanis seperti seri kaya, jem, jeli, marmalade, Vegemite, madu, atau digunakan sebagai bekas bagi sandwish. Ia mungkin hanya dimasak, atau kemudiannya dibakar, dan boleh dihidangkan samaada suhu bilik atau panas.